Selasa, 31 Mac 2009

48. MESYUARAT KALI KE-3 AJK PELAKSANA PROGRAM MENINGKATKAN HASIL PADI NEGERI SELANGOR


AHLI MESYUARAT KALI KE-3 JAWATANKUASA
PELAKSANA PROGRAM MENINGKATKAN HASIL
PADI NEGERI SELANGOR TAS 6 PADA 31/03/2009

AJK SEDANG MEMBINCANGKAN SESUATU ISU.

MERINYU JPS SEDANG MEMBERIKAN PADANGAN.

AHLI MESYUARAT SEDANG MENDENGAR
PENERANGAN DARI PENGERUSI MESYUARAT.

Jumaat, 13 Mac 2009

42. MANUAL KERJA DAN LAPORAN AKTIVITI PADI


41. MENGIRA BILANGAN POKOK PADI/METER PERSEGI PERINGKAT PEMBENTUKAN TANGKAI.


Masuk kedalam sawah untuk mengambil kiraan.

Mengambil point untuk pengiraan.

Meletakan bingkai untuk pengiraan 1 meter persegi.

Mengira bilangan pokok dalam 1 meter persegi.
Tayangan VIDEO

video

Rabu, 11 Mac 2009

40. TINDAKAN PEMBETULAN LAWATAN PENYELIAAN KETUA KOMPENAN PERTANIAN IADA BARAT LAUT SELANGOR

LAWATAN PENYELIAAN PROJEK (11-02-2009)

Tindakan Pembetulan yang diambil.

1. Pembajaan ke 2 – Pesawah telah dimaklumkan dan diberi jadual / manual tanaman padi dan menasihatkan mereka supaya menjalankan pembajaan ke 2 mengikut kadar dan waktu yang telah ditetapkan.

2. Kerja-kerja penyulaman – Khidmat nasihat telah diberikan supaya kerja-kerja penyulaman dilakukan.

3. Serangan perosak – Pesawah telah dinasihat membuat pengawalan ulat lipat daun mengunakan racun yang disyorkan seperti Evisect atau Cartap


LAWATAN PENYELIAAN PROJEK (04-02-2009)

Tindakan Pembetulan yang diambil.

1. Kebersihan kawasan – khidmat nasihat dan penerangan tentang pentingnya kebersihan ladang telah diberikan kepada pesawah. Satu program gotong-royong akan di laksanakan.

2. Kerja-kerja penyulaman – khidmat nasihat dan penerangan kepentingan penyulaman supaya dibuat dengan segera telah dilaksanakan kepada pesawah kerana pada akhirnya ia akan menjejaskan hasil.


3. Pengurusan air – terdapat lot sawah yang kering. Ini disebabkan parit buang yang tidak ditutup. Pesawah tinggal jauh dari kawasan projek. Ketua Blok telah dihubungi dan dimaklumkan akan perkara tersebut.

4. Kebersihan Palong – Pesawah telah di nasihatkan agar kebersihan kawasan diambil perhatian yang sewajarnya untuk kepentingan semua.



LAWATAN PENYELIAAN PROJEK (20-01-2009)

Tindakan Pembetulan yang diambil.

1. Jadual Perlaksanaan – manual kerja tanaman padi yang disediakan bagi kawasan Sawah Sempadan musim 1/2009 adalah sebagai panduan kepada pesawah dan tarikh- tarikh sebenar aktiviti adalah mengikut pesawah sendiri.

Pesawah telah dinasihatkan supaya mengikuti dan mematuhi manual kerja yang disediakan sewaktu berkursus dan lawatan khidmat nasihat yang telah dijalankan.


2. Penyediaan kawasan tidak dapat dijalankan dengan sempurna disebabkan faktor cuaca, dimana hujan menghalang aktiviti pembakaran tunggul dan jerami padi (10 % sahaja yang dapat menjalankan aktiviti pembakaran). Ia akan meningkatkan pH tanah.

Perataan yang tidak sempurna menjejaskan penapakan biji benih yang seragam seterusnya mengurangkan bilangan anak benih di sesuatu kawasan.

Khidmat nasihat telah diberikan kepada pesawah supaya kerja-kerja penyulaman dilakukan segera.



3. Penerangan dan nasihat tentang pentingnya kebersihan kawasan, batas dan parit dari rumpai dan pokok selain dari padi (perumah kepada perosak dan penyakit) telah disampaikan kepada pesawah.

4. Pesawah telah dinasihatkan supaya menjalankan aktiviti pembajaan mengikut tempoh masa yang ditetapkan seperti di manual tanaman.

Pegawai PKK telah dihubungi supaya mengutamakan dahulu pembekalkan input baja kepada Blok yang mengikuti Progran Meningkatkan Hasil Padi Negeri Selangor agar manual tanaman dapat dipatuhi.

5. Pesawah telah dinasihatkan supaya membuat pengawalan perosak dan penyakit apabila perlu. Pesawah yang menggunakan kaedah transplanter telah diarahkan membuat pengawalan penyakit bintik perang dan karah kerana anak benih yang di tanam telah dijangkiti.